Jumaat, 10 Oktober 2014

Konvo

Saya sekarang ada dekat satu kedai mamak dekat Melawati pekena teh tarik. Saya sampai sini dalam pukul 10 malam tadi. Saya duk kat Melawati ni pasal besok saya ada konvo. Saya tengok kawan kawan semua seronok besok konvo. Entah apa yang seronok sangat habis u. Padahal, nanti kerja lagi la boring. Awak bagitau saya, bos mana yang boleh steady kasi kita tidur pagi? Tak ada. Masa belajar je kita kalu mengantuk sms member mintak sain kehadiran. Masa kerja, mintak maaf la awak nak ikut sedap tidur awak. Jadi apa yang seronoknya? Dah la pakai jubah tu panas nak mampus. Topi tu, awak pernah tengok ke Amy Search pakai?

Nak ikut rock saya, saya tak nak datang pun konvo ni. Tapi ibu saya yang bersungguh sangat nak saya datang. Siap marah lagi. Tapi itu la, bawah tapak kaki Amy Search, entah apa la yang ada. Tapi bawah tapak kaki ibu, tentu tentu ada syurga.

Dulu masa tingkatan lima. Sekolah saya pun ada jugak buat konvo untuk budak tingkatan lima. Idea sape entah. Tapi kawan kawan saya amboi seronok bukan main juga. Konvo punya pasal, sanggup pergi Astaka, pergi Hock Kee Seng cari baju baru nak pakai masa konvo. Iswan Firdaus masa tu habis sampai dua ratus baju konvo punya pasal. Orang lain pun lebih kurang macam tu juga. Makan ratus juga. Baju kemeja, seluar kain licin, kasut, stokin, dan air cendol buat tunggu van outing.

Saya pun tak tercekuali. Saya pun konvo jugak. Jadi, shopping jugak saya pun. Takkan saya nak selekeh je. Saya pergi kedai bundle. Beli seluar harga 10 ringgit dan kemeja lima ringgit. Amacam?

Khamis, 18 Julai 2013

Hidup Beringat


Dia yang MAHA
tiada yang lebih dari DIA

Hal yang penting ini
entahlah,
bagaimana kamu lupa.


Khamis, 9 Mei 2013

Dont Be Utusan

Suasana menunjukkan hujan semakin lebat. Gua terus ke susur kanan parkir bangunan deretan kedai. Membiarkan motor semakin membasah gua berdiri menikmati hujan yang turunnya semakin banyak.

" Wah, hujan bagus kasi sejuk sikit" pelat wanita cina di belakang aku

"Sekarang teruk suratkhabar aaa" dia memulakan isu dan berlanjutan kepada perihal pilihanraya, rasis dan banyak isu. Aku mendengar pendapatnya dan sedikit sebanyak aku memberi juga pendapat aku.

"Orang mau pilih wakil yang boleh buat kerja, bukan parti lor...."

"Wa terus terang cakap aaa, itu parti yang ini macam menang mesti banyak baik, banyak bagus.jaga orang " perempuan cina menunjukkan simbol bulat dengan tangan. Gua memahamkan dengan senyum je dan gua tanya dia kenapa.

"U punya agama bagus apa, suluh buat baik semua olang tak kira sapa" antara jawapannya yang gua boleh tangkap selebihnya bunyi hujan semakin lebat.

" U itu macam punya pilih ka?" perempuan cina menunjukkan simbol bulat sekali lagi dengan tangan.

Gua senyum dan jawab undi rahsia. Kalau betul apa dia cakap. Gua bangga dengan Islam yang semakin diterima, bukan soal parti.

dan penghujung zaman akhir

Isnin, 15 April 2013

Tuhan

Hati hati yang merasa pedih,
Tuhan tahu kesakitan itu,
Maka, jiwa berasa tenang.

Isnin, 11 Mac 2013

Cinta dan Waktu (ii)


Cinta tetap berputik
walau dalam musim apa pun

Kasih tetap dahaga
walau mengalir tujuh lautan

Rindu tetap menyala
walau mentari hilang sinarnya

dan yang abadi cuma DIA
dan yang abadi cuma pada-Nya.

Jumaat, 1 Mac 2013

eleksyen

YB seperti biskut, kejap ada, kejap ntah kemana
Rakyat macam hiasan di satu hidangan makanan, hanya sementara..

Ahad, 24 Februari 2013

Dua Baris (i)


kau persembahkan akhirat pada cinta
langit kan membuka pintu-pintu syurga.