Rabu, 26 Disember 2012

Zine Tora-Tora : Kerongsang Gitar Kamil yang samarinda.

(cover depan)
 
(cover belakang)


Sekitar Julai 2010, bos Faridzal mengumumkan projek entri berunsur samarinda bertajuk Kerongsang Gitar Kamil. Masa tu masing-masing teruja nak menulis. Samarinda tu! Macam dalam TV! Ketika ini semangat menulis punyalah berkorbar. Tambahan pulak projek ini diketuai oleh AJK disiplin yang terkenal dengan libasan rotannya, Hanie. Makin bertambah semangat nak menulis.

Ceritanya mudah. Dan trademark penulis Soltura iaitu unsur humor, dapat kita kesan dari babak ke babak. Namun humor mereka bukanlah humor macam rancangan lawak sekarang. Humor mereka ada isi dan bila membaca akan rasa 'eh betul jugak tu'. Setiap babak ditulis oleh penulis berbeza dan inilah keunikan Soltura serta cerita-cerita dalam zine yang lain ; kesepaduan dari pelbagai idea membentuk satu cerita yang memang best! Segala emosi ada dalam kisah Kamil. Ria, duka, keliru, was-was, sisi gelap, sisi terang dan banyak lagi dapat dihayati melalui penelitian terhadap watak dan jalinan babak.

Senyum-senyum simpul ketika membaca zine ini. Teringat zaman dulu-dulu. Rindu untuk berkumpul sambil menulis sebuah cerita untuk Soltura. Bos Firol, nanti kita buat samarinda lagi ya? Hehehe.

Oh ya di dalam zine ini juga dimuatkan tulisan Mira (mirachantek). Saya suka tulisannya. Tulisan-tulisan pendek itu mendalam kalau dibaca banyak kali. Dan berkesan ke dalam hati. Bolehlah feeling-feeling kejap sebelum terjun ke dunia Kamil yang penuh samarinda. Chewah.

Dan cover itu, memang kena dengan mood serta isi zine ini. Terbaik! :)

Bermelankolia bersama Jef Hadi.

Ni pos kalau aku jadi terbitkan ke blog, memang aku..

Saya jadi ahli Soltura bila saya perasan power. Ya, saya perasan power masa tu. Saya perasan yang saya menulis memang power gila babs. Entah apa setan rasuk saya sampai saya perasan sangat,saya pun tak pasti. Dan dan tu juga Soltura jemput saya untuk menulis. Makinlah saya perasan power.

Sebab di mata saya masa tu, penerbit dan pem-blog yang power, Soljah lepas tu Soltura. Takde lain lagi dah. Dan masa tu, penerbit-penerbit independen alternatif yang tengah marak wujudnya sekarang ni semua mana ada lagi. Semua tengah main beskal tak pun sembunyi-sembunyi.

Ada Soljah dengan Soltura ja! (kalau saya tak silap Sang Freud Press [lama] pun dah wujud dan pop masa tu tapi saya tak perasan lagi, kakaka)

Dan masa tu Jargon Book pun baru nak up serasa saya. 

Jadi bila saya dijemput menulis oleh satu komplotan yang power, maka makin mencanaklah perasaan perasan saya. 

Betapa jahilnya saya. 

Saya ada dengan Soltura bila saya rasa teruja, seronok, bosan, malas, down, up sikit, semangat, dan melankolia.

Saya melankolia ni pasal Firol The Boss (FTB) punya pos-lah. Barulah saya faham kenapa Soltura enggan jadi popular. Padahal serasa saya ramai penulis power dalam ni. Dan ramai juga penulis yang sekarang ni popular namanya dalam kalangan pembaca baru nak up, kenal yang namanya Soltura. 

Dan selama ni kita memang boleh tengok yang Soltura ni ada pendirian dan dia pegang sampai mampus benda tu. Kalau tak percaya bacalah pos FTB

Ni pun saya tak tahu nak bebel apa. Tapi itulah macam saya cakap tadi. Baca pos FTB terus, peh! Melankolia terus. Tak boleh nak buat apa. Jadi saya tulislah. Sebab orang kabor, apa-apa yang tak terbendung dek jiwa kita akan terpaksa lepaskan. Dan tu kita boleh dapat art yang sajak dengan jiwa kita. Sebab what comes around comes around orang putih kabor. Dari jiwa ke jiwa. Ha, macam itulah.

Tapi takdelah saya kata yang apa saya tulis ni akan terus mengena ke jiwa kamu. Tak. Saya nak kata pos FTB tu mengena ke jiwa saya. Walaupun saya ni penulis entah ke berapa Soltura, tapi saya rasa ada something dengan Soltura ni.

Sebab tu walaupun saya lepaskan diri saya dari blog-blog komplotan lain, saya tetap juga dengan Soltura, agaknya.

Lagipun saya ada kenangan manis dengan Soltura. Antaranya bergocoh dengan ketua, Faridzal kalau tak silap saya. Masa tu FTB tengah syok dengan Fifi dia rasanya. Dan Faridzal pun buat something dan saya usik manja, dan dan tu dia usik manja saya balik. Kakakaka. Sebelum pi sekolah saya balas usikan beliau. 

Tak tidur habaq hang semata nak buat benda tu! Kakaka. Betul gila, dan gila tu agaknya yang buat saya melekat dengan Soltura. Dari sekolah sampai jadi maha-siswa. Dari budak mentah jadi banyak lagi mentahnya.

Saya dengan Soltura dari saya perasan power ke saya perasan yang selama ni saya perasan power, ke saya taubat perasan power, ke saya rasa saya kena cari siapa saya sebenarnya. Apa saya nak dengan scene menulis ni. Nak duit, nak glemer, ke nak buat something yang kena dengan jiwa?

Soltura (dan bekas blog komplotan saya - Sarkasis) lah yang ajar saya sebenarnya. Walaupun kadang kena ajar tu pakai sepak terajang. Kakaka. Tapi sebab tu kot saya melankolia dengan pos FTB. Sebab pos FTB banyak dedah siapa apa dan kemana Soltura ni sebenarnya.

Apa pun, selamat 4 tahun Soltura, dan terima kasih sebab terima saya. :-)

Kertas Dinding Komputer

Takde tajuk. Sebab kalau aku letak tajuk sajak ni jadi makin poyo. Dan ini kalau dibuat jadi kertas dinding komputer pun sajak juga sebenarnya. Kekeke. Silakan kalau sudi.


Isnin, 24 Disember 2012

Empat Tahun

Disember 2008, Soltura Ink ditubuhkan. Tumpuan awal ialah sekadar untuk bercerita biasa-biasa sahaja. Tetapi nyata perkembangan mula terhasil dengan menjemput beberapa penulis bebas yang baru naik. Perlahan-lahan kami merangkak meniti menerbitkan beberapa buah buku sendiri. Memang satu yang mencabar tanpa sebarang ilmu dan panduan cuma sedikit pengetahuan Faridzal yang memang hardcore pada zine. Percubaan awal menunjukkan beberapa hasil yang boleh dibanggakan. Dengan ahli yang sesuai dengan aliran kami. Soltura bergerak sehingga kini.

Pernah sekali kami dijemput menghadiri beberapa event sebelum ini. Pada peringkat awal memang kami macam jadi. Tapi ada beberapa masalah berlaku menghalang penglibatan. Ada juga yang menelefon untuk mengambil produk kami untuk dijual. Tetapi bukan cara Faridzal yang ketika itu dia memegang tampuk pemerintahan. Faridzal cakap biar kita macamni.

Bermula Orang kata kami sombong, kutuk kami pun ada (Shukri ingat lagi kot). Bukan sombong, cuma keselesaan Soltura lebih sebegini, tanpa diketahui sesiapa. Menulis dan berlatih menulis. Senang kata kami selesa dengan cara bersembunyi. Pada tahun 2011, Faridzal mengundur diri kerana komitmennya lebih kepada keluarga dan kerjaya. Begitu juga Fadzli. Aku pun tak kurang juga, dah jarang menulis kerana kerja memerlukan komitmen lebih dan semenjak satu peristiwa yang membuatkan aku down untuk belajar menulis ( Koq dan Citah rasanya ingat). Kuasa diberi kepada aku untuk kendalikan Soltura, beberapa projek berjaya aku jalankan dengan kawan-kawan walaupun keadaan tidak selesa buat aku.

Tahun 2012 bukan tahun terbaik buat Soltura Ink pada awalnya. Aku sibuk berurusan dengan satu penerbit bebas paling popular kat Malaysia. Maka terhasil buku pertama aku dengan mereka dan Insyaallah buku kedua menyusul bersama mereka lagi. Bukan aku nak cari nama menempel bersama, cuma di sini aku belajar cara mereka dan langkah mereka. Begitu jugak Citahrudin yang cuba belajar dengan sebuah lagi syarikat penerbitan dengan menggunakan nama pena lain.

Apa yang dikatakan Faridzal memang betul, haluan Soltura lebih kepada rileks, slow and steady. Aku sendiri lebih selesa begini. Sehingga aku kenal seorang penulis zine punk di selatan tanahair dan nyata caranya memang sesuai dengan jiwa. Aku cuba fahamkan caranya dengan membaca karyany. Dari situ aku pelajari rentaknya yang sama macam Faridzal diperingkat awal. Dan aku mula faham dimana Soltura patut diletakkan.

Nyatalah Soltura Ink memang ada batasnya dalam kebebasan. Ada landasan.

Orang kata Low-Profile ....Selamat Ulang tahun Soltura Ink ke-4

Kepada mereka yang menjadi peneraju Generasi awal Soltura
FARWALIS, CITAHRUDIN, ALHARIESZ, HANIE, ZARA, ATEEKA, MIRA, KOQ, BALQISSY, FADZLI, FARIDZAL

 "Empat Tahun Maaa"


Jumaat, 14 Disember 2012

Zine Tora-Tora : RnR bukan di Highway

Aku sendiri berbelit menyebut tajuk zine ni senang aku panggil RnR. Dalam ni entri lebih kepada keagamaan. Semasa Soltura Ink menggila, Banyak acara dijalankan dan yang paling aku suka bila start Ramadhan, Aidilfitri atau Aidiladha Projek Pintu Pedoman dijalankan. Kaver total daripada Azura Koq Jue dan diedit Jengking. Unik di belakang ialah gambar kerusi dan sedikit rangkap dalam bahasa inggeris daripada Wacanggih. Konsep Grey and light blue ni nampak cool dan tenang. Sesuai dengan jenis di dalamnya.

Berbelit lidah menyebut tetapi di dalamnya tidak sebelit itu.



Selasa, 11 Disember 2012

Pertanyaan Tentang Sebuah Percakapan.


Lalu kemana saja percakapan itu pergi
setelah lepas bebas dari sangkar mulut?

Diam-diam naik ke awan fikir
lantas turun semula sebagai rintik nasihat
atau senyap-senyap bergabung
dengan mentari iri lalu membakar kalbu
dengan sinar fitnah?

Tapi satu yang pasti
walau kemana percakapan itu pergi
akhirnya akan cair menjadi dakwat
untuk pena yang dipegang sama ada
oleh yang dikiri atau yang dikanan.

(tersiar dalam majalah Tunas Cipta edisi Ogos 2012 dengan tajuk Pertanyaan Sebuah Percakapan).


pascaskrip : bukan saja percakapan, malah tulisan juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. terjemahan sebuah syair ; "tiadalah seorang penulis melainkan akan meninggal, sedang karyanya kekal selama zaman ; janganlah anda menulis sesuatu karya selain yang menggembirakan anda di Hari Pembalasan." selamat menulis, warga Soltura! :)

Zine Tora-Tora : Cinta & Waktu

Dalam antara Zine ini keluaran yang aku fikir macam ada benda buat aku seronok tengok dan baca. Pasal kaver Jengking tibai ntah kat mana aku pun tak pasti. Cinta dan waktu Dari satu fasa ke fasa yang lain aku ambil terus daripada Sajak Shukri Md Ali yang digarap pada 14 Oktober 2011 dan dibelakang buku ini Jengking meletakkan serangkap daripadanya

Satu bakat yang aku tengok ada lain macam. Sajak-sajak Shukri dan ceritanya aku selalu baca. Nyata bakat dia one of the kind(betul ke BI aku ni).Elemen Ketuhanan memain-main dalam setiap rangkapnya. Dia boleh pergi jauh. Kalau dia keluarkan Novel peribadinya sendiri, Aku rasa tak teragak nak beli. AKu nak dengar mamat ni deklamasi sajak. Citahrudin ko kena bawa dia jumpa YB Nurul Izzah.

Karya Hanie,Zara, Wadi, Sang Harima dan beberapa lagi nama melengkapkan zine ini menjadikan seolah-olah kena dari segala segi ditambah dengan cerita Rebelusi Kampung Tekuyung sebagai hiasan.

Antara 10 Zine yang dikeluarkan. Bagi aku ini yang buat aku 'senang' dalam semua segi. Kepada yang berkarya dalam ni tahniah. Kepada Jengking, terima kasih dengan idea lu Bro