Isnin, 24 Disember 2012

Empat Tahun

Disember 2008, Soltura Ink ditubuhkan. Tumpuan awal ialah sekadar untuk bercerita biasa-biasa sahaja. Tetapi nyata perkembangan mula terhasil dengan menjemput beberapa penulis bebas yang baru naik. Perlahan-lahan kami merangkak meniti menerbitkan beberapa buah buku sendiri. Memang satu yang mencabar tanpa sebarang ilmu dan panduan cuma sedikit pengetahuan Faridzal yang memang hardcore pada zine. Percubaan awal menunjukkan beberapa hasil yang boleh dibanggakan. Dengan ahli yang sesuai dengan aliran kami. Soltura bergerak sehingga kini.

Pernah sekali kami dijemput menghadiri beberapa event sebelum ini. Pada peringkat awal memang kami macam jadi. Tapi ada beberapa masalah berlaku menghalang penglibatan. Ada juga yang menelefon untuk mengambil produk kami untuk dijual. Tetapi bukan cara Faridzal yang ketika itu dia memegang tampuk pemerintahan. Faridzal cakap biar kita macamni.

Bermula Orang kata kami sombong, kutuk kami pun ada (Shukri ingat lagi kot). Bukan sombong, cuma keselesaan Soltura lebih sebegini, tanpa diketahui sesiapa. Menulis dan berlatih menulis. Senang kata kami selesa dengan cara bersembunyi. Pada tahun 2011, Faridzal mengundur diri kerana komitmennya lebih kepada keluarga dan kerjaya. Begitu juga Fadzli. Aku pun tak kurang juga, dah jarang menulis kerana kerja memerlukan komitmen lebih dan semenjak satu peristiwa yang membuatkan aku down untuk belajar menulis ( Koq dan Citah rasanya ingat). Kuasa diberi kepada aku untuk kendalikan Soltura, beberapa projek berjaya aku jalankan dengan kawan-kawan walaupun keadaan tidak selesa buat aku.

Tahun 2012 bukan tahun terbaik buat Soltura Ink pada awalnya. Aku sibuk berurusan dengan satu penerbit bebas paling popular kat Malaysia. Maka terhasil buku pertama aku dengan mereka dan Insyaallah buku kedua menyusul bersama mereka lagi. Bukan aku nak cari nama menempel bersama, cuma di sini aku belajar cara mereka dan langkah mereka. Begitu jugak Citahrudin yang cuba belajar dengan sebuah lagi syarikat penerbitan dengan menggunakan nama pena lain.

Apa yang dikatakan Faridzal memang betul, haluan Soltura lebih kepada rileks, slow and steady. Aku sendiri lebih selesa begini. Sehingga aku kenal seorang penulis zine punk di selatan tanahair dan nyata caranya memang sesuai dengan jiwa. Aku cuba fahamkan caranya dengan membaca karyany. Dari situ aku pelajari rentaknya yang sama macam Faridzal diperingkat awal. Dan aku mula faham dimana Soltura patut diletakkan.

Nyatalah Soltura Ink memang ada batasnya dalam kebebasan. Ada landasan.

Orang kata Low-Profile ....Selamat Ulang tahun Soltura Ink ke-4

Kepada mereka yang menjadi peneraju Generasi awal Soltura
FARWALIS, CITAHRUDIN, ALHARIESZ, HANIE, ZARA, ATEEKA, MIRA, KOQ, BALQISSY, FADZLI, FARIDZAL

 "Empat Tahun Maaa"


11 ulasan:

  1. tahniah otai soltura. terima kasih juga kepada bos yg sudi jemput aku jadi sebahagian penulis. marilah berkarya dgn soltura di masa hadapan

    BalasPadam
  2. Happy besday Soltura!

    sekejap betul masa berlalu...

    BalasPadam
  3. Seingat aku jugak, Soltura ditubuhkan selepas LAGEJ dihasilkan..ye dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada Lagej! masa tu beli dari ateeka sebab kami satu kolej. masa tu saya belum masuk soltura lagi. hehehe. memang best baca lagej tu ^^

      Padam
  4. Selamat ulang tahun !!
    Terima kasih kerana menjemput aku jadi sebahagian dari Soltura gak

    BalasPadam
  5. tak terasa masa berlalu. mula-mula berkenalan, malu-malu...lepas dah kenal hahaha macam best!

    mungkin tahun hadapan 2013 kita boleh aktif balik dan merancang hala tuju (ewah ayat macam nak PRU jek kan). saya sebenarnya rindu sangat2 tulisan2 kita dulu...kubah biru, samarinda, sinetron, gambar, sajak...

    apa pun, alhamdulillah atas segalanya ; ukhwah, pemikiran, perkongsian, tunjuk ajar...moga kekal low profile.

    selamat ulangtahun, SOLTURA :) menjadi sebahagian dari anda sememangnya sangat bermakna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sangat. rindu nak menulis mcm dulu-dulu..

      Padam
  6. Mungkin kita adakan jugak benda2 tu tapi orang kata kena ada haluan baru lah... sedang Linki Park pun berubah inikan SOltura...ceh tak memasal Linkin Park

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya bos!
      linkin park album baru konsep dia berbeza..mcm coldplay gak
      hehe

      Padam
  7. bos, sebut pasal nama saya dalam kurungan tu kan, saya lupa saya ada simpan link tu...pasal yang 'pergi menyembah derhaka' kat blog orang tu...hahaha. bila baca balik lucu betul :D

    BalasPadam