Selasa, 11 Disember 2012

Zine Tora-Tora : Cinta & Waktu

Dalam antara Zine ini keluaran yang aku fikir macam ada benda buat aku seronok tengok dan baca. Pasal kaver Jengking tibai ntah kat mana aku pun tak pasti. Cinta dan waktu Dari satu fasa ke fasa yang lain aku ambil terus daripada Sajak Shukri Md Ali yang digarap pada 14 Oktober 2011 dan dibelakang buku ini Jengking meletakkan serangkap daripadanya

Satu bakat yang aku tengok ada lain macam. Sajak-sajak Shukri dan ceritanya aku selalu baca. Nyata bakat dia one of the kind(betul ke BI aku ni).Elemen Ketuhanan memain-main dalam setiap rangkapnya. Dia boleh pergi jauh. Kalau dia keluarkan Novel peribadinya sendiri, Aku rasa tak teragak nak beli. AKu nak dengar mamat ni deklamasi sajak. Citahrudin ko kena bawa dia jumpa YB Nurul Izzah.

Karya Hanie,Zara, Wadi, Sang Harima dan beberapa lagi nama melengkapkan zine ini menjadikan seolah-olah kena dari segala segi ditambah dengan cerita Rebelusi Kampung Tekuyung sebagai hiasan.

Antara 10 Zine yang dikeluarkan. Bagi aku ini yang buat aku 'senang' dalam semua segi. Kepada yang berkarya dalam ni tahniah. Kepada Jengking, terima kasih dengan idea lu Bro

12 ulasan:

  1. Allah. segala puji bagi DIA. tinggi sangat tu encik bos. huhu. terima kasih pada SOLTURA yang beri ruang untuk berkarya. inshaAllah selagi ada ilham ada la tulisan ;)

    maju SOLTURA :D

    BalasPadam
  2. setuju. ada ciri2 sasterawan. kalau kena 'jalannya', boleh jadi pelapis sasterawan negara si shuk ni.

    you have my vote bro :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang dah masuk 'jalan' sepi...hahaha. kurang aktif sikit dah huhu thanks bro! :D

      Padam
  3. seriusss? waaaaaa. tahniah geng. aku pulak tak sabar nak beli. for shukri, kau terel. teruskan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alah wadhihah pun terel jugak...try la tulis sikit2 lama2 jadi novel hehehe ;)

      Padam
  4. ehh, bos pun sama. tahniah bos

    BalasPadam
  5. tuan guru Shukri..ambillah hamba menjadi anak murid tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan begitu tuan hamba...hamba ni biasa saja ==" teringat pesan Pak Samad ; nak menulis kena baca, baca, baca dan baca. hohoho.

      Padam
    2. terima kasih utk nasihat itu tuan guru. Akan hamba amalkannya..hohoho

      Padam
  6. Kg. Tekuyung?

    kalau bahasa ibuda saya. Tekuyung tu maksudnya siput :)

    BalasPadam