Khamis, 18 Julai 2013

Hidup Beringat


Dia yang MAHA
tiada yang lebih dari DIA

Hal yang penting ini
entahlah,
bagaimana kamu lupa.


Khamis, 9 Mei 2013

Dont Be Utusan

Suasana menunjukkan hujan semakin lebat. Gua terus ke susur kanan parkir bangunan deretan kedai. Membiarkan motor semakin membasah gua berdiri menikmati hujan yang turunnya semakin banyak.

" Wah, hujan bagus kasi sejuk sikit" pelat wanita cina di belakang aku

"Sekarang teruk suratkhabar aaa" dia memulakan isu dan berlanjutan kepada perihal pilihanraya, rasis dan banyak isu. Aku mendengar pendapatnya dan sedikit sebanyak aku memberi juga pendapat aku.

"Orang mau pilih wakil yang boleh buat kerja, bukan parti lor...."

"Wa terus terang cakap aaa, itu parti yang ini macam menang mesti banyak baik, banyak bagus.jaga orang " perempuan cina menunjukkan simbol bulat dengan tangan. Gua memahamkan dengan senyum je dan gua tanya dia kenapa.

"U punya agama bagus apa, suluh buat baik semua olang tak kira sapa" antara jawapannya yang gua boleh tangkap selebihnya bunyi hujan semakin lebat.

" U itu macam punya pilih ka?" perempuan cina menunjukkan simbol bulat sekali lagi dengan tangan.

Gua senyum dan jawab undi rahsia. Kalau betul apa dia cakap. Gua bangga dengan Islam yang semakin diterima, bukan soal parti.

dan penghujung zaman akhir

Isnin, 15 April 2013

Tuhan

Hati hati yang merasa pedih,
Tuhan tahu kesakitan itu,
Maka, jiwa berasa tenang.

Isnin, 11 Mac 2013

Cinta dan Waktu (ii)


Cinta tetap berputik
walau dalam musim apa pun

Kasih tetap dahaga
walau mengalir tujuh lautan

Rindu tetap menyala
walau mentari hilang sinarnya

dan yang abadi cuma DIA
dan yang abadi cuma pada-Nya.

Jumaat, 1 Mac 2013

eleksyen

YB seperti biskut, kejap ada, kejap ntah kemana
Rakyat macam hiasan di satu hidangan makanan, hanya sementara..

Ahad, 24 Februari 2013

Dua Baris (i)


kau persembahkan akhirat pada cinta
langit kan membuka pintu-pintu syurga.

Isnin, 18 Februari 2013

cerita cerpen

Bila aku start baca Novel Pecah aku tengok dia punya pusing menarik. dan bila aku baca cerpen haa....memang ligat dia punya twist. brilliant idea. habis satu cerita aku mesti keluar ayat " Bangsat dia punya twist, best"


http://fixi.com.my/wp-content/uploads/96703742002.png

Progressssssss


Aku ada juga cuba menyiapkan buku yang bertajuk seperti di atas. Bermula Disember tahun lalu, nyata kesibukan menghadkan aku memperincikan rangka dan penceritaan. Buat benda ni memang kena ada ketenangan dan kekuatan mental. Aku rancang benda ini selepas Syawal tahun lepas. Hasilnya masih belum seperti apa yang aku nak. Samada buku ni berjaya atau tak Wallahualam. Tapi aku harap dapat siap buku ni sempena sedekad aku menjadi Cikgu.

Itu pun kalau halangan bermain jauh daripada aku.

Sabtu, 16 Februari 2013

Berbicara Dengan Tuhan


Semoga Kau terima sembah sujudku,
Semoga Kau dengar rintihan doaku,
Dan semoga Kau ampunkan dosa-dosaku...

Amin. Amin. Ya Rabbal Alaminnn...

Rabu, 30 Januari 2013

kita bukan siapa-siapa

Semakin jauh kaki melangkah
semakin jauh tempat kita pergi
semakin kerdil tubuh ini
semakin kerdil ..

Sepatutnya.

Selasa, 29 Januari 2013

In The Making : ZINE JURNAL BATIK (bukan nama betul)

Aku agak lama membuat pit stop dalam penulisan. Bukan hilang minat. Ada banyak benda aku tulis dalam komputer riba aku ni. Daripada tahun 2007 sampai ke harini cukup setia komputer riba ini di samping aku. Walaupun bibit awal kerosakan nampak dia kembali pulih sediakala. Seolah tidak ada yang rosak. Alhamdulillah dengan komputer riba ini merasa juga pakai kamera dan memiliki trailer 10 tayar. Tapi sayangnya trailer ini tidak boleh naik.Trailer idaman aku sejak zaman kanak-kanak.

Buat masa ini geng perempuan sedang membuat Jurnal Batik. Ya dengarnya Jue Azura tercabar dengan sekumpulan perempuan membuat entri asmara. Jue dan Citah sedang berusaha membuat komplot ini. Komplot yang cuba memecah tradisi Batu Lesung yang lalu dan menenwaskan mereka yang gilakan asmara keterlaluan.

Jadinya aku teringin sangat nak jadikan seorang nenek tua yang buat simbol rock atau peace. Aku suka sangat golongan ini dijadikan front covergirl auchhhhhh. Fifiana pasti suka. Jadi sesiapa ada gambar tu hantar ke email aku. Tiada upah tiada ganjaran.

Jadi yang lelaki aku tak pasti. Kalian boleh keluarkan jika mahu.Yang penting ada yang menguruskan. Aku tiada masalah, Soltura Ink bukan macam dulu terlalu bersifat tirani atau diktator dalam pengurusan.

Ok izinkan aku merubah Trailer aku menjadi Sang Perdana Optimis. Hebat betul rasanya

Jumaat, 11 Januari 2013

Full Tank

Kalau dulu RM2 isi minyak motor buleh pusing baik satu bandar
Sekarang?...RM7 atau RM8 full tank..
Ingin belajar terbang..

Isnin, 7 Januari 2013

Nilai wang.


Jika wang adalah pakaian
satu dua tiga langkah sahaja ke kota
pasti kita sudah telanjang!

Muka

Rupa paras, Ya rupa paras. Rupa paras bukan cermin seseorang itu sebenarnya. Kadang-kadang rupa paras yang cantik tidak mencerminkan seseorang itu sebaliknya juga begitu. Izinkan saya menceritakan kepada kalian pengalaman saya mengenai rupa paras.

Pengalaman ini berlaku pada diri saya sendiri sebagai seorang manusia yang diuji. Awek? bukan, saya tidak pernah menceritakan perihal awek dalam sebarang penulisan saya walaupun orang selalu kata saya mempunyai awek-awek cantik sebelum ini. abaikan...

Saya berkawan dengan ramai kerana kekerapan berpindah ke satu tempat ke tempat lain. Pengalaman pertama saya berkawan dengan seorang sahabat daripada sudut luaran memang berketerampilan dalam segala hal. Sayangnya setiap kali saya keluar dengan kawan ini juga kawan sepersis ini agak sukar untuk saya ajak pergi menunaikan kewajipan sebagai muslim. Ya susahnya macam nak paksa budak makan ubat demam. Acap kali berlaku pada saya. Berbeza dengan seorang sahabat saya yang seorang ini. Penampilannya cukup menggambarkan betapa jiwanya seorang Rokes yang Hardcore. Berambut melepasi lengan, Pakaian jangan ceritalah anda boleh gambar penampilan seorang rokes bagaimana. Tetapi setiap kali ajak menunaikan kewajipan, muda langsung baginya tiada unsur menentang atau malas.

Saya membawa isu ini bersama teman rapat saya. Pengalaman mereka nyata lebih menyedihkan daripada saya. Kawan saya pernah bersama untuk memancing di sebuah kawasan terpencil di Pahang. Dalam perjalanan. Kawan saya meminta untuk berhenti solat. Sayangnya tindakannya dicemuh. Sehingga dia memaksa untuk berhenti. Sedihnya ketika itu hujan dan dia bersolat di tepi jalan Segamat-kuantan di atas becak dan lumpur. Saya harap kawan saya ini tergolong dalam orang-orang muda yang pelik. Maksudnya orang muda yang mencintai agamanya dan ini golongan terlindung di bawah naungan Yang Kuasa.

Luaran langsung tidak menunjukkan apa di dalam hati masing-masing.

Seperti dalam akhbar hujung minggu yang saya pernah baca. Muka garang habis ketat tapi minat K-Pop

Saya ulang, Luaran langsung tidak menunjukkan apa di dalam hati masing-masing. Manusia memang ciptaan Tuhan cukup unik.