Rabu, 30 Januari 2013

kita bukan siapa-siapa

Semakin jauh kaki melangkah
semakin jauh tempat kita pergi
semakin kerdil tubuh ini
semakin kerdil ..

Sepatutnya.

Selasa, 29 Januari 2013

In The Making : ZINE JURNAL BATIK (bukan nama betul)

Aku agak lama membuat pit stop dalam penulisan. Bukan hilang minat. Ada banyak benda aku tulis dalam komputer riba aku ni. Daripada tahun 2007 sampai ke harini cukup setia komputer riba ini di samping aku. Walaupun bibit awal kerosakan nampak dia kembali pulih sediakala. Seolah tidak ada yang rosak. Alhamdulillah dengan komputer riba ini merasa juga pakai kamera dan memiliki trailer 10 tayar. Tapi sayangnya trailer ini tidak boleh naik.Trailer idaman aku sejak zaman kanak-kanak.

Buat masa ini geng perempuan sedang membuat Jurnal Batik. Ya dengarnya Jue Azura tercabar dengan sekumpulan perempuan membuat entri asmara. Jue dan Citah sedang berusaha membuat komplot ini. Komplot yang cuba memecah tradisi Batu Lesung yang lalu dan menenwaskan mereka yang gilakan asmara keterlaluan.

Jadinya aku teringin sangat nak jadikan seorang nenek tua yang buat simbol rock atau peace. Aku suka sangat golongan ini dijadikan front covergirl auchhhhhh. Fifiana pasti suka. Jadi sesiapa ada gambar tu hantar ke email aku. Tiada upah tiada ganjaran.

Jadi yang lelaki aku tak pasti. Kalian boleh keluarkan jika mahu.Yang penting ada yang menguruskan. Aku tiada masalah, Soltura Ink bukan macam dulu terlalu bersifat tirani atau diktator dalam pengurusan.

Ok izinkan aku merubah Trailer aku menjadi Sang Perdana Optimis. Hebat betul rasanya

Jumaat, 11 Januari 2013

Full Tank

Kalau dulu RM2 isi minyak motor buleh pusing baik satu bandar
Sekarang?...RM7 atau RM8 full tank..
Ingin belajar terbang..

Isnin, 7 Januari 2013

Nilai wang.


Jika wang adalah pakaian
satu dua tiga langkah sahaja ke kota
pasti kita sudah telanjang!

Muka

Rupa paras, Ya rupa paras. Rupa paras bukan cermin seseorang itu sebenarnya. Kadang-kadang rupa paras yang cantik tidak mencerminkan seseorang itu sebaliknya juga begitu. Izinkan saya menceritakan kepada kalian pengalaman saya mengenai rupa paras.

Pengalaman ini berlaku pada diri saya sendiri sebagai seorang manusia yang diuji. Awek? bukan, saya tidak pernah menceritakan perihal awek dalam sebarang penulisan saya walaupun orang selalu kata saya mempunyai awek-awek cantik sebelum ini. abaikan...

Saya berkawan dengan ramai kerana kekerapan berpindah ke satu tempat ke tempat lain. Pengalaman pertama saya berkawan dengan seorang sahabat daripada sudut luaran memang berketerampilan dalam segala hal. Sayangnya setiap kali saya keluar dengan kawan ini juga kawan sepersis ini agak sukar untuk saya ajak pergi menunaikan kewajipan sebagai muslim. Ya susahnya macam nak paksa budak makan ubat demam. Acap kali berlaku pada saya. Berbeza dengan seorang sahabat saya yang seorang ini. Penampilannya cukup menggambarkan betapa jiwanya seorang Rokes yang Hardcore. Berambut melepasi lengan, Pakaian jangan ceritalah anda boleh gambar penampilan seorang rokes bagaimana. Tetapi setiap kali ajak menunaikan kewajipan, muda langsung baginya tiada unsur menentang atau malas.

Saya membawa isu ini bersama teman rapat saya. Pengalaman mereka nyata lebih menyedihkan daripada saya. Kawan saya pernah bersama untuk memancing di sebuah kawasan terpencil di Pahang. Dalam perjalanan. Kawan saya meminta untuk berhenti solat. Sayangnya tindakannya dicemuh. Sehingga dia memaksa untuk berhenti. Sedihnya ketika itu hujan dan dia bersolat di tepi jalan Segamat-kuantan di atas becak dan lumpur. Saya harap kawan saya ini tergolong dalam orang-orang muda yang pelik. Maksudnya orang muda yang mencintai agamanya dan ini golongan terlindung di bawah naungan Yang Kuasa.

Luaran langsung tidak menunjukkan apa di dalam hati masing-masing.

Seperti dalam akhbar hujung minggu yang saya pernah baca. Muka garang habis ketat tapi minat K-Pop

Saya ulang, Luaran langsung tidak menunjukkan apa di dalam hati masing-masing. Manusia memang ciptaan Tuhan cukup unik.