Jumaat, 10 Oktober 2014

Konvo

Saya sekarang ada dekat satu kedai mamak dekat Melawati pekena teh tarik. Saya sampai sini dalam pukul 10 malam tadi. Saya duk kat Melawati ni pasal besok saya ada konvo. Saya tengok kawan kawan semua seronok besok konvo. Entah apa yang seronok sangat habis u. Padahal, nanti kerja lagi la boring. Awak bagitau saya, bos mana yang boleh steady kasi kita tidur pagi? Tak ada. Masa belajar je kita kalu mengantuk sms member mintak sain kehadiran. Masa kerja, mintak maaf la awak nak ikut sedap tidur awak. Jadi apa yang seronoknya? Dah la pakai jubah tu panas nak mampus. Topi tu, awak pernah tengok ke Amy Search pakai?

Nak ikut rock saya, saya tak nak datang pun konvo ni. Tapi ibu saya yang bersungguh sangat nak saya datang. Siap marah lagi. Tapi itu la, bawah tapak kaki Amy Search, entah apa la yang ada. Tapi bawah tapak kaki ibu, tentu tentu ada syurga.

Dulu masa tingkatan lima. Sekolah saya pun ada jugak buat konvo untuk budak tingkatan lima. Idea sape entah. Tapi kawan kawan saya amboi seronok bukan main juga. Konvo punya pasal, sanggup pergi Astaka, pergi Hock Kee Seng cari baju baru nak pakai masa konvo. Iswan Firdaus masa tu habis sampai dua ratus baju konvo punya pasal. Orang lain pun lebih kurang macam tu juga. Makan ratus juga. Baju kemeja, seluar kain licin, kasut, stokin, dan air cendol buat tunggu van outing.

Saya pun tak tercekuali. Saya pun konvo jugak. Jadi, shopping jugak saya pun. Takkan saya nak selekeh je. Saya pergi kedai bundle. Beli seluar harga 10 ringgit dan kemeja lima ringgit. Amacam?